Search

Hari ni jumlah pesakit Covid dah hampir 7,000😔
  • Share this:

Hari ni jumlah pesakit Covid dah hampir 7,000😔

Saya faham sangat perasaan geram adik ni. Frust sangat2 sebab kita mampu bendung hal ini dari terjadi, tapi masih ramai yang DEGIL. Dan tamak. Dan fikirkan diri sendiri.

Yang pakai gelang tangan pink boleh buka pulak gelang untuk pergi ke MASJID, yang orang menunggu keputusan swab test boleh keluar pergi ke MALL... yang tak senang duduk kat rumah dan tak boleh kalau tak jumpa member satu hari. Tak fikirkan kalau2 diri itu positif, akan menular pada orang di sekeliling.

Terkena pulak orang yang mungkin pesakit kanser, atau ada anak kecil yang sedang perangi kanser. Warga tua yang sakit kencing manis, darah tinggi, masalah jantung. MATI FREE aja mereka ni, oleh sebab kedegilan beberapa orang yang tak bertanggungjawab ini.

DG Hisham pun dah cakap, hospital dan ICU dah penuh sesak... kita pun tahu hal frontliners yang kepenatan dan tak cukup rehat, yang juga terjangkit Covid. Kita dah tengok video di @majalah_3 dimana ahli keluarga hanya mampu mengucapkan selamat tinggal menerusi video call.

Melihatkan kerajaan masih tidak umumkan FULL LOCKDOWN, sekarang ini atas diri kita masing2 untuk perangi Covid-19. Pilih untuk SELF LOCKDOWN selama 2 minggu untuk selamatkan diri kita sendiri, ahli keluarga kita dan komuniti. Kali ini, hanya KITA yang boleh jaga kita.

PLEASE, MALAYSIA. Only WE can help ourselves now. We must must must break this chain NOW before we lose more lives 🥺

#SelfLockdown #SelfIsolate #putuskanrantaiancovid19 #kitajagakita


Tags:

About author
not provided